Khamis, 13 Februari 2014

PANDUAN PROPOSAL

SINOPSIS
Kajian ini mengenalpasti punca-punca pencemaran alam sekitar yang berlaku di sekitar……(nama t.kajian).merupakan Bandar yang semakin pesat membangun. Terdapat pelbagai punca pencemaran yang wujud di …(nama tempat kajian). Antara puncanya ialah pembuangan sampah, pembuangansisatoksikdanbunyibisingkilang.
2)      PENGHARGAAN (sila bt sendiri )

3)      PENGENALAN : dlm pengenalan nyatakan definisi ,objektif , pernyataan masalah dan batasan kajian ( yg ni penting utk dpt markah)

Contoh :
Isu pencemaran alam sekitar kerap didedahkan di dada akhbar,.Ianya telah menjadi isu sejagat.Pelbagai punca pencemaran alam sekitar telah dikenalpasti ……
·         Definisi pencemaran alam sekitar
Menurut Kamus Dewan (DBP,2002,halaman 186) pencemaran ditakrifkan sebagai,……….. .
Menurut Suraya 2012 pencemaran diklasifikasikan kepada kategori ………
Sebagai kesimpulannya, pencemaran alam sekitar ………..
Banyak punca dikenalpasti menyumbang kepada pencemaran……(SyarifahRoha: 2011:22)

4)      OBJEKTIF KAJIAN
Contoh :
1.     
 Mengenalpasti punca-punca pencemaran alam sekitar di ……
2.  Mengenalpasti kesan-kesan ……

5)      LOKASI KAJIAN
Lokasi kajian tertumpu di (nama tmpat kajian). (Tempat kajian) terletak di Negeri …... Keluasannya sekitar 40 km persegi. Bandar ini bersempadan dengan …….

(Nota :Boleh dipanjangkan lagi dengan merujuk sejarah Bandar dan demografi Bandar) : Boleh sertakan peta.

6)      KAEDAH KAJIAN
RekaBentukKajian
Berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik dan Kajian Perpustakaan.Data yang di perolehi untuk mencari punca-punca pencemaran alam sekitar.Kajian menggunakan kuantitatif yang menggunakan statistik peratusan untuk menganalisa dapatan di atas.Kaedah persampelan digunakan dengan mengambil responden seramai ….orang yang terdiri daripada penduduk pelbagai latar belakang yang tinggal di ……

Prosedur Kajian
Mendapatkan izin daripada pelbagai pihak untuk menjalankan kajian.  Soalan soal selidik dibuat dan disemak oleh guru bagi memastikan soal selidik ini releven dengan kajian.

Sampel Kajian
Terdiri daripada … orang penduduk di sekitar Bandar …...  Dipilih secara rawak yang terdiri daripada berbagai etnik dan jantina.Responden mewakili berbagai populasi, umur,danlatarbelakangkeluarga. (cartapaidangraf)

Instrumen Kajian
Menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 20 soalan untuk mendapatkan data jenis-jenis pencemaran, punca-punca pencemaran alam sekitar di Bandar….

Kaedah Analisa Kajian.
Kaedah pentafsiran dapatan dibuat secara diskriptif iaitu menggunakan peratusan sebagai perbandingan.

7)      DAPATAN KAJIAN (PERBINCANGAN) berdasarkan kaedah yg kita buat td

Nota : Lain-lain punca boleh dihuraikan mengikut jadual
Nota :Boleh disertakan bentuk Media Graf/carta untuk mempersembahkan dapatan kajian

Punca-punca pencemaran alam sekitar di sekitar ……: (Kajian merujuk kepada kajian Perpustakaan)
1.      Punca pembuangan sampah (huraikan)
2.      Punca sisa toksik pencemaran air (huraikan)
3.      Punca bunyi bising (huraikan)

Nota :Senaraikan dan huraikan punca-punca pencemaran alam sekitar yang releven dengan kajian
  
8)      RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Pencemaran alam sekitar sememangnya wujud sehingga hari ini. Kepelbagaian punca pencemaran lazimnya berlaku  yang meninggalkan impak yang mendalam kepada komuniti penduduk Bandar ….
Dlm rumusan perlu sertakan MASALAH KAJIAN DAN CADANGAN
Contoh :Masalah pertama kumpulan pengkaji ialah untuk mendapatkan kemudahan computer . masalah kedua kumpulan pengkaji ……….

KESIMPULAN …………..

       RUJUKAN
Perlu nyatakan rujukan memperoleh kajian .sekurang-kurangnya 5 rujukan sudah memadai .


PENCEMARAN AIR

PENCEMARAN AIR. . .

PENGENALAN

Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.


PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR

Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada pencemaran. Sebagai contoh, Sungai Semenyih antara sungai yang tercemar disebabkan oleh najis babi sekitar tahun 1980-an. Sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran laut.
Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kajian menunjukkan terdapat beberapa buah negara maju memasukkan sisa radioaktif ke dalam tong dram sebelum membuangnya kedalam laut.
Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut mendorong kepada pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran tangki minyak akan menutupi lapisan air dan menyebabkan belakunya pencemaran laut. Sebagai contoh, pelanggaran kapal MV Waily dengan kapal tangki MT Bunga 3 yang membawa 61 858 tan metrik minyak mentah telah menyebabkan berlakunya pertumpahan minyak berhampiran Tanjung Ayam.

Tumpahan minyak di Teluk Mexico April'10

KESAN PENCEMARAN AIR
Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian seperti disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.
Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut.
Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.




LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR

Media massa dan media elektronik memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai Kempen kesedaran perlu diadakan melalui televisyen, akhbar dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan air dalam kehidupan seharian. Dengan penganjuran kempen-kempen ini diharap dapat memupuk sikap cintakanalam sekitar.
Selain itu, pihak kerajaan juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang. Manakala, Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi supaya pesalah mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Contonya, pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan sekitar satu atau dua kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
Kesimpulannya, sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal fikiran, kita tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri sebaliknya kita perlu menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun swasta bagi memastikan harapan dan impian negara dapat di capai.

borang soal selidik


TAJUK:PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENCEMARAN AIR SUNGAI DI GUAR KEPAYANG, PENDANG.
BORANG SOAL SELIDIK KERJA KURSUS PENGAJIAN AM
KOD MATA PELAJARAN 900/4

BAHAGIAN A – DATA DEMOGRAFI RESPONDEN
ARAHAN: Sila tandakan  ( / ) mengikut maklumat diri yang dinyatakan  pada petak yang disediakan.
1.Jantina     :                                                                                                                                  Lelaki
                                                                                                                    Perempuan

2.Kaum   :                                                                                                                                    Melayu
                                                                                                                                                           Cina
                                                                                                                                                          India
                                                                                                                                Lain-lain(Nyatakan)

3.Umur     :                                                                                                                         21-30 tahun
                                                                                                                                             31-40 tahun
                                                                                                                                             41-50 tahun
                                                                                                                               51-60 tahun ke atas

4.Taraf pendidikan     :                                                                                                                 PMR
                                                                                                                                                         SPM
                                                                                                                                                       STPM
                                                                                                                                  Ijazah dan keatas

5.Pekerjaan     :                                                                                                                        Awam
                                                                                                                                                   Swasta
                                                                                                                                                    Pelajar
                                                                                                                              Lain-lain(Nyatakan)



BAHAGIAN B.

SKALA


SANGAT SETUJU
1

SETUJU
2

TIDAK SETUJU
3




SOALAN

SKALA

BIL.

FAKTOR-FAKTOR PENCEMARAN AIR SUNGAI.


1

2

3
1.
Sikap penduduk yang tidak bertanggugjawab terhadap alam sekitar yang mencemarkan sungai.



2.
Banyak petani di Guar kepayang menggunakan baja kimia untuk aktiviti pertanian.



3.
Aktiviti pertanian telah menyebabkan berlakunya pencemaran air seperti penggunaan baja kimia.



4.
Pembuagan sisa domestik seperti lampin pakai buang,sisa makanan,plastik telah menyebabkan air sunagi tercemar.



5.
 Masyarakat membuang sampah sarap secara  tidak terkawal ke dalam sungai tanpa rasa bersalah.



6.
Banyak sisa pertanian seperti  plastik baja,tong racun dan lebihan sisa pertanian di alirkan ke dalam saliran parit.









BAHAGIAN C.


SKALA


SANGAT SETUJU
1

SETUJU
2

TIDAK SETUJU
3




SOALAN

SKALA


BIL.

KESAN-KESAN PENCEMARAN AIR SUNGAI.


1

2

3
1.
Pencemaran air sungai di Guar Kepayang telah menyebabkan banyak ikan mati .



2.
Masyarakat terdedah kepada penyakit berbahaya seperti  gatal-gatal ,mengalami sesak nafas disebabkan air yang tercemar.



3.
Air di dalam sungai telah tercemar disebabkan oleh penggunaan baja kimia yang berlebihan.



4.
Hidupan akuatik akan mati disebabkan oleh penggunaan baja kimia.



5.
Air sungai yang berasid boleh menukarkan (ph) tanah kepada (ph) berasid
.



6.
Hasil tangkapan hidupan akuatik seperti ikan boleh memberi kesan terhadap kesihatan apabila dimakan.



7.
Masyarakat berasa tidak selesa dengan sungai  yang telah tercemar dengan sisa toksik daripada penggunaan racun haiwan perosak.












BAHAGIAN D.

SKALA


SANGAT SETUJU
1

SETUJU
2

TIDAK SETUJU
3





SKALA

SKALA


BIL
.

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI PENCEMARAN AIR SUNGAI.


1

2

3
1.
Petani dinasihatkan supaya menggunakan baja mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak berwajib.



2.
Menggunakan kaedah biologi terkawal di kawasan pertanian.



3.
Menyelengara/memantau sistem perparitan dan saliran secara berkala.




4.
Petani dinasihatkan supaya tidak menggunakan baja kimia secara berlebihan.



5.
Kempen kesedaran boleh dilancarkan oleh Pihak MADA, menerusi penggunaan media massa dan  mediacetak.Seperti iklan kesedaran tentang kepentingan air bersih kepada masyarakat
.



6.
Usaha mengindahkan kawasan sungai hendak ditingkatkan oleh penduduk setempat melalui gotong-royong.



7.
Menguatkuasakan undang-undang berkaitan pecemaran air terhadap pihak tidak bertanggungjawab.



8.
Memasang perangkap sampah di dalam sungai seperti jaring dan cerucuk oleh pihak MADA atau penduduk.




9.
 Penjagaan kawasan sungai  oleh penduduk setempat agar sentiasa bersih dan terkawal.