Isnin, 31 Mac 2014

Tokoh Agama Tuan Syeikh Nia'mat Bin Yusuff, Maahad Tarbiah Islamiyyah, Derang

1.0       Pengenalan.
Tokoh agama  merupakan antara individu yang memainkan peranan penting dalam sesebuah masyarakat dan disegani oleh komuniti masyarakat berikutan tokoh agama  mempunyai tahap ilmu agama yang tinggi dan berpengetahuan dalam mengajar ilmu agama. Antaranya ialah ilmu feqah, usuluddin, tasawuf, dan lain-lain. Selain mempunyai kedudukan yang tinggi dalam komuniti masyarakat tokoh agama juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat. Oleh itu, tokoh agama sering menjadi ikutan ataupun ‘role model’ kepada masyarakat dalam menyebarkan dan memperluaskan ilmu agama kepada mereka serta menjadi tempat rujukan sekiranya berlakunya perselisihan faham dan kekeliruan dalam masyarakat.
Sebelum memfokuskan kepada sumbangan dalam membangunkan sekolah pondok,  akan dijelaskan dan diterangkan terlebih dahulu latar belakang tokoh agama yang dikaji iaitu Tuan Syeikh Niamat Bin Yusuf dan pelbagai usaha yang dilakukan oleh beliau dalam membangunkan sekolah pondok iaitu Maahad Tarbiah Islamiyyah, Derang, Pokok Sena, supaya perbincangan ini esei ini lebih menarik dan terperinci. Bagi menjelaskan latar belakang tersebut kajian ini meneliti pelbagai sumber primer dan sekunder bagi mengetahui dan memperoleh maklumat berkaitan latar belakang tokoh agama Tuan Syeikh Niamat Bin Yusuf ini. Berdasarkan maklumat tersebut, saya dapat mengetahui dan megenali lebih dekat siapakah sebenarnya Tuan Syeikh Niamat Bin Yusuf. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh beliau dalam mengasaskan atau membangunkan sekolah pondok yang diberi nama Maahad Tarbiah Islamiyyah demi kepentingan masyarakat. Penubuhannya adalah bertujuan memastikan masyarakat setempat dan luar celik tentang  betapa pentingnya ilmu agama dalam kehidupan selain membentuk masyarakat supaya lebih mendekatkan diri kepada pencipta-Nya dan sedar perananya sebagai khalifah di muka bumi.

2.0       Latar Belakang Tokoh Agama Tuan Syeikh Niamat Bin Yusuf
http://maahadderang.com/home/wp-content/uploads/2010/03/nikmatkecil-248x300.jpg
Foto 1 : menunjukkan gambar Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf.
Sumber : Kajian lapangan 2014.
2.1       Peribadi
Kampung Derang amat sinonim dengan seorang tokoh agama bernama Al-Fadhil Syeikh Niamat Bin Yusof. Beliau dilahirkan pada 22 Februari 1940 di Kepala Batas, Pulau Pinang, yang ketika itu terkenal dengan sekolah-sekolah yang masyhur di Nusantara.
 Menurut Muhammad Fazilul Helmi Bin Raidzan, Syeikh Niamat merupakan anak yang kedua daripada empat orang adik beradik,  Beliau merupakan keturunan  mempunyai susur galur agama, bapanya Tuan Guru Syeikh Yusof Bin Said dan ibunya  ialah Che’ Tah Binti Abdul Hamid. Bapanya seorang tokoh yang disegani kerana pengalaman dan  keterlibatan dalam  masyarakat dalam membantu menerajui pusat pendidikan pondok di beberapa daerah dalam negeri Kedah ketika itu 1.
Sumber : Kajian Lapangan 2014.
Foto 2 : Menunjukkan rumah Tuan Niamat bin Yusuf, rumah ini berada dalam sekolah pondok iaitu Maahad Tarbiah Islamiyyah, di Derang, Pokok Sena. Tapi rumah ini telah diubahsuai kerana struktur rumah ini telah musnah akibat banjir besar pada tahun pada tahun 2010.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhbr7qEdes3NwPUZhVmQ0YnjCk7dpZ6lCBVD-M41JL56do3QRTe_esa_Skl_8Ea2EwJ2s3V7Jqo1ZAim-Osrx6tYjHYJ6MaMiov8W0w-r8NuQyH6gQq6MYWudww0oNNEcEHgvtRGcb1SNg/s320/DSCN3677.JPG
Foto 3 : Menunjukkan kesan daripada banjir pada tahun 2010.
Sumber : Kajian lapangan 2014.
Tuan  Syeikh  Niamat bin Yusuf juga minat dalam bidang penulisan, sejak usianya 17 tahun lagi tulisan-tulisan beliau telah termuat di dalam pelbagai majalah dan akhbar yang ringan. Mulai tahun 1958  tulisan-tulisan  beliau telah mula tersiar dalam  majalah Mastika yang dianggap paling popular ketika itu. Dari tahun 1957 hingga 1960 sahaja, beliau telah  menghasilkan 50 buah sajak, 5 buah cerpen dan 2 buah cerpen terjemahan, beberapa artikel tentang sejarah dan 2 buah drama. Di saat-saat inilah beliau terlibat dengan Badan Seni Seri Budaya Kedah sebagai Ahli Jawatankuasa pada tahun 1963/1964 2.
Selepas tahun 1964 beliau lebih berkecenderungan menulis artikel-artikel yang menyentuh persoalan agama, falsafah, sejarah dan pendidikan. Manakala selepas tahun 1974 tulisan yang dihasilkan beliau lebih bercorak dakwah dan tarbiyah sehinggalah ke saaat terakhir kehidupan beliau.
Ustaz Niamat Yusuf seorang yang bijak mengambil peluang dari bakatnya yang ada, beliau telah memasuki ruang baru dalam berdakwah iaitu melalui bidang sastera. Ustaz yang gemar menulis dalam pelbagai hal itu menjadikanya terkenal dalam bidang itu terutamanya penulisan melalui nama penanya iaitu “ Niamaty “. Beliau merupakan sezaman dengan Proffesor Emeritus Haji Shahnon Ahmad dan Ustaz Azizi Hajii Abdullah. Mereka seringkali bertemu di dalam banyak program yang dianjurkan oleh Gabungan Sasterawan Sedar ( GATRA ) sekitar tahun 60-an yang ketika itu dipimpin oleh Pak Shahnon Ahmad 3.
“ Ketika itu, Ustaz  Niamat bergiat  aktif menulis kerana beliau sedang berusaha mengumpul wang bagi membolehkanya menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar”- cerita Ustaz Azizi.
Selepas Gatra berpindah digantikan pula oleh Angkatan Sasterawan Sedar ( ASASI ) dipimpin oleh Pak Shahnon Ahmad. Ketika ini Mereka banyak menjemput Ustaz Niamat untuk memberikan ceramah mengenai sastera islam. Sehinggakan hubungan rapat mereka tetap terjalin dengan baik sehinggalah Tuan Syeikh meninggal dunia. Penglibatan diri dalam bidang penulisan menjadikan diri Ustaz Niamat disegani, sahabat-sahabat semakin ramai di seluruh cerok rantau Negara dan luar Negara.



2.2       Perkhawinan
Menurut sumber daripada Cikgu Harun bin Zakaria, Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf mendirikan rumahtangga pada tahun 1961 dengan Puan Khadijah (Bashariah)  Binti Othman  ( mesra dengan panggilan makcik Bashah) 4. Beliau banyak berjasa didalam membantu Syeikh Niamat semasa dakwah dan perjuagannya iaitu memberi komitmen dan perangsang semangat kepada suaminya didalam aktiviti belia islam pada  awal  abad  1970-an sehinggakan mendapat gelaran “Ibu ABIM”.  Beliau banyak berjasama  mendokong dan memberikan kerjasama semasa Tuan Syeikh Niamat terlibat secara aktif dengan harakah ABIM. Senarai anak-anak, Syeikh Niamat :-
1)      Mohd.  Naim bin Niamat  ( 40 tahun ).
2)      Mohd. Shahruddeen @ Nuqman bin Niamat ( 35tahun ).
3)      Nia’mah binti Niamat ( 34 tahun ).
4)      Mohd. Nasim bin Niamat ( 31 tahun ).
5)      Nahar Sofi bin Niamat ( 30 tahun ).
6)      Nadhirah binti Niamat ( 29 tahun ).
7)      Nasaruddeen bin Niamat ( 29 tahun ).
8)      Saifuddeen bin Niamat ( 27 tahun ).
9)      Nurul Iman binti Niamat ( 26 tahun ).
10)   Nur Bidayah binti Niamat ( 24 tahun ).
11)   Nurul Ihsan binti Niamat ( 23 tahun ).
12)   Nurul Islam binti Niamat ( 22 tahun ).
13)   Nurul hikmah binti Niamat ( 18 tahun ).
14)   Nurul Bashirah binti Niamat ( 19 tahun ).

Salah seorang anak Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf iaitu Mohd. Naim bin Niamat ( anak sulong ) yang merupakan hasil perkhawinan dengan isteri pertama Pn. Khadijah ( Makcik Bashah ) binti Uthman telah berjaya menjadi orang terpenting dan telah memegang beberapa jawatan antaranya ialah Pegawai CAPS, Penerbit Televisyen terkenal tanah air menerusi dokumentari - Jejak Rasul TV3 yang sering disiarkan pada bulan Ramadan. Manakala Mohd. Shahruddeen @ Nuqman bin Niamat ( 35tahun ) yang merupakan anak ke-2 telah berperanan sebagai imam masjid di Bandar Kuala Lumpur ( Damansara ) 5
Pada bulan November 1990, Tuan syeikh Niamat bin Yusuf  telah mendapat pasangan hidup kedua iaitu Puan Engku Faizah Engku Mohsin ( lebih mesra dengan panggilan Umi – umur 46 tahun ) 6. Beliau berasal dari Selatan Tanah Air iaitu Negeri Johor. Sepanjang kehidupan, mereka  dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Nurul Irfan bin Niamat pada tahun 1991. Kini Nurul Irfan mengjangkau umur 22 tahun dan sudah mendirikan rumah tangga. Menurut Cikgu Harun Zakaria,  Nurul Irfan dikatakan mewarisi ciri-ciri dan sifat Tuan Guru Niamat bin Yusuf  iaitu petah berkata-kata sejak kecil, seorang yang lantang menyuarakan pendapat. Sebelas orang daripada anak-anak beliau telah berumahtangga sementara 4 orang masih bersekolah.
2.3       Pendidikan
2.3.1 Pendidikan Tidak Formal Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf.
Menurut Cikgu Zakaria bin Harun,  kehidupan Tuan Guru Syeikh Yusof Bin Said( bapanya ) amat sederhana. Beliau menerima pengalaman dari ayahnya yang sering berpindah-randah 7. Perpindahan yang pertama ialah dari Kepala Batas Seberang Perai ke Padang Sera Kedah, dimana beliau (Tuan Guru Syeikh Yusoff) telah mengasaskan sekolah agama An-Nahdhah Al-Hasanah Melele bersama seorang sahabat dari Indonesia bernama Ustaz Ali Bustamam 8. Kemudian  beliau berpindah ke Kubur Panjang untuk menggantikan Tuan Guru Haji Husin Misri sebagai mudir di Pondok Madrasah At-Tarbiyah Al-Auladiyah. Akhirnya pada tahun 1952 beliau berpindah ke Alor Setar untuk mengembangkan ilmu pengetahuannya kepada masyarakat umum menerusi masjid-masjid, surau-surau dan parsatuan-persatuan.
2.3.2 Pendidikan Formal Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf :-
·         Sekolah Melayu Siputeh, 1947.
·         Sekolah Melayu Gajah Mati (Derang), 1949.
·         Madrasah At-Tarbiyah Al-Auladiyah, 1952.
·         Maktab Mahmud Alor Setar, 1950.
·         Universiti Al-Azhar, 1964.
Di samping pengalaman dan pendidikan yang tidak formal yang diperolehi dari ayahnya, beliau juga mendapatkan pendidikan formal dari beberapa buah sekolah. Pertama, beliau dihantar belajar di sekolah Melayu Siputeh pada tahun 1947 sehingga 1948 sehingga darjah dua, kemudian menuntut di Madrasah At-Tarbiyah Al-Auladiyah, Kubur Panjang sehingga darjah tiga pada tahun 1952 9. Beliau kemudian mendapat kesempatan melanjutkan pelajaran di Maktab Mahmud Alor Setar dan lulus Syahadah Nihaiyah (menengah) di Sekolah tersebut pada tahun 1960 10.
Walaupun dalam usianya yang terlalu muda, Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf telah menimba pengalaman menjadi guru Al-Quran dan tajwid di rumah-rumah dan di surau-surau sejak tahun 1954 sehingga 1960 ketika usia baru menjangkau umur 14 tahun dan berkesempatan mengajar bahasa arab di beberapa buah sekolah agama rakyat di negeri Kedah pada tahun 1960 sehingga 1964 11. Sebelum berangkat ke Mesir, beliau juga telah sempat menjadi guru agama dan guru bahasa kebangsaan di sebuah sekolah swasta Darul Aman English School, Alor Setar dan di kelas khas Maktab Mahmud.
                        Pada tahun 1964 beliau telah berangkat melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar di Mesir dengan dokongan dan sokongan  masyarakat. Dengan bekalan yang sangat terbatas beliau telah berangkat ke Mesir dengan menaiki sebuah kapal laut dari Singapura dan meninggalkan seorang isteri dan seorang  putera yang masih kecil bernama Muhammad Naim yang pada masa itu baru berusia 10 bulan.
Dugaan kedua mengiringi beliau apabila sampai ke Singapura, perjalanan beliau tergendala oleh peristiwa rusuhan kaum yang sedang berlaku di sana pada waktu itu. Setelah dua hari terkepung di rumah sahabatnya, En. Rahman Bee, perjalanan beliau diteruskan sehingga pada tanggal 16 Oktober 1964 beliau tiba dengan selamat di Kaherah dan mendaftarkan diri dalam pengajian di bidang Usuluddin di Universiti Al-Azhar 12.
Untuk membiayai keperluan  pengajian, beliau juga terpaksa bekerja sambilan sebagai pengedar buku-buku dan kitab-kitab agama ke tanah air. Beliau adalah seangkatan dengan Dato’ Syeikh Yusof Haji Ismail, bekas Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah, dan almarhum Al-Fadhil Ustaz Fadhil Muhammad Noor, mantan Presiden PAS. Semasa di Kaherah, beliau turut terlibat di dalam   mengendalikan Persekutuan Melayu Republik Arab Bersatu ( PMRAB ) sebagai anggota badan pengurus 13. Tepat pada tanggal 18 Oktober 1968 beliau telah kembali ke tanah air dengan segulung ijazah dalam bidang usuluddin dari Universiti Al-Azhar.
2.4       Kerjaya Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf.
Dalam bidang pendidikan beliau telah diterima menjadi guru penolong di Maktab Mahmud, Alor Setar sejak dari tahun 1969 dan pada tahun 1972 hingga tahun 1978 pula, beliau telah dipilih  menjadi Pensyarah dalam Darjah Latihan Perguruan Guru-guru Agama Kedah 14. Tahun 1981 merupakan tahun yang merubah suasana kehidupannya dalam kerjaya beliau sebagai pendidik di Maktab Mahmud.
Pada tanggal 5hb Jun 1982 dengan rasminya meletakkan jawatan sebagai guru di Maktab Mahmud setelah berkhidmat selama 12 tahun 15. Perletakan jawatan didorong atas kesedaran tentang keperluan menubuhkan sebuah sekolah agama yang mendokong aspek keilmuan Islam.

3.0 Peranan Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf dalam mengasas/membangunkan Sekolah Pondok dan masyarakat.
3.1       Usaha dan halangan penubuhan Maahad Tarbiah Islamiyyah.
Syeikh Niamat Yusoff memang memiliki watak sebagai seorang Tok Guru. Watak ini mewajarkan beliau untuk memiliki pondoknya sendiri. Oleh itu beliau mula menjelalah beberapa pesantren (pondok) di Indonesia, untuk mencari ilham membina pondok yang beliau idamkan. Akhirnya Pada tanggal 5hb Jun 1982 dengan rasminya meletakkan jawatan sebagai guru di Maktab Mahmud setelah berkhidmat selama 12 tahun 16. Lokasi ini adalah hasil pilihan  rakan-rakan seperjuangan ( ABIM )  yang mempunyai niat yang sama.
Foto 3
Sumber : Kajian lapangan 2014.
Foto 4
Sumber : Kajian lapangan 2014.
Foto 3 dan foto 4 : Menunjukkan bangunan Maahad Tarbiah Islamiyyah yang awal-awal ditubuhkan oleh penduduk setempat, dan kawan-kawan Persatuan ABIM. Tapak tersebut ialah tapak yang mula dicadangkan untuk membina maahad. Kini bangunan itu tidak digunakan lagi kerana ada bangunan yang lebih baik telah dibina.

Proses mendirikan pondok bukan perkara mudah, prasarana yang pertama didirikan adalah sebuah bangunan dari bahan binaan Masjid Kandis yang di waqafkan. Keseluruhan pembinaan sekolah adalah hasil dari pengorbanan rakan-rakan seperjuangan untuk memartabatkan pendidikan Islam. Rakan beliau tertutamanya ahli-ahli  ABIM  telah tampil membantu  beliau. Sebahagian dari mereka sanggup menangguhkan pengajian di luar negara semata-mata untuk memastikan intitusi pengajian ini dapat berjalan seperti yang dirancangkan
Pada awal tahun 1980, tertubuhnya Maahad Tarbiyah Islamiah di bawah pimpinan dan ilham dari Syeikh Niamat. Penerokaan ini merupakan yang pertama di Malaysia memandangkan pengajian bermula dari peringkat rendah berasrama penuh. Berbanding dengan sekolah-sekolah agama yang lain, pengajian hanya dimulakan di peringkat menengah rendah. Di sinilah Ustaz Niamat mula menyelami dan menghayati pengalaman yang pernah diperolehinya ketika bersama ayah  beliau sebelum  ini.

3.2       Peringkat Setelah Tertubunya Maahad Tarbiah Islamiyyah.
Menurut Zul Azri Mohd Sani,  setelah Maahad ditubuhkan, bermulalah peringkat kehadiran tenaga-tenaga penggerak secara sukarela. Diperingkat ini beliau memikul tugas menyatukan tenaga-tenaga petugas yang hadir dari pelbagai latarbelakang hidup dan bidang pendidikan. Petugas-petugas ini terdiri daripada pelbagai  latarbelakang iaitu bidang agama, teknokrat, profesional dan  sebagainya 17.
Di sinilah bermulanya cogan  kata Maahad “Gandingan diantara keilmuan  Islam yang mantap dan teknologi  moden yang bermanfaat” sebagai  halatuju kepada  pembentukan Maahad. Langkah demi langkah Maahad bersama Syeikh Niamat dan pendokong yang di bawah pimpinan beliau telah dapat merealisasikan sebuah sekolah  yang pertama di Malaysia menyediakan pendidikan Islam peringkat rendah aliran Arab secara berasrama penuh.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGcmLS5-TtgU1QtzzBOogYVEjQgd8wTVc9N85N0GFCZiubzEoXjzdLknpUlq4zS9WDVurl2SDd2AIcRsLB5kko6YmdBVy1iQ63AjF5xLIk1bwFzz9L4aFujNI5zVq-BcfQSeQciGO-MK4/s320/23mei+%2826%29.JPG
Sumber : Kajian lapangan 2014 carian http://www.google.com
Foto 5: Menunjukkan pintu gerbang utama Maahad Tarbiah Islamiyyah.
Sumber : Kajian lapangan 2014.
Kemampuan ini lebih unik apabila tarikan petugas pendokong baru maahad bukan didasarkan kepada janji-janji “gaji lumayan” malah tenaga Maahad terpaksa menempuh kesusahan bersama beliau serta berkorban. Oleh kerana itu, walaupun beliau pada awalnya tidak memiliki modal yang besar, tanpa tenaga guru yang sanggup menyertainya,  tidak mungkin dapat difikirkan pengwujudan sebuah  sekolah agama persendirian tanpa bantuan dari kerajaan. Namun  inilah  hakikat yang memulakan penubuhan  Maahad di bawah teraju beliau. Segala kepeluan tersebut menyusul di belakangnya. tidak  hairanlah  kebaktian di bidang pendidikan telah mendapat perhatian dari pihak Kerajaan Negeri Kedah sehingga beliau diberi penghormatan  menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah Darulaman pada tahun 1989 18.

Sumber : Kajian lapangan 2014, Harakah Januari 1998 dan November 1998.
Foto 6 : Menunjukkan Tuan Syeikh Niamat bin yusuf telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah kerana kebaktian beliau dalam bidang pendidikan telah mendapat perhatian dari pihak Kerajaan Negeri Kedah sehingga beliau diberi penghormatan  menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah Darulaman pada tahun 1989.

3.3       Peranan Tuan Syeikh Niamat yusuf dalam  membangunkan  masyarakat.
Menurut Hafiz Mustafa Lubis,  antara usaha penting dalam dakwah Islam Tuan Syeikh Niamat  ialah , beliau  merupakan  pelopor utama di dalam  menggerakkan wanita Melayu Islam di negara ini untuk membiasakan diri memakai tudung 19. Ketika mana penutupan aurat sangat janggal pada tahun 70-an, beliau memberanikan diri menyeru  rakan-rakan terdekat supaya menggalakkan isteri mereka, anak-anak perempuan atau saudara mara perempuan untuk memakai tudung. Kempen memakai tudung ini juga turut disebarkan di institut-institut pengajian.
Antara pendekatan hikmah yang diambil oleh beliau sepertimana yang diceritakan oleh rakan-rakan terdekat, beliau mengajak muslimah Melayu untuk menutup aurat tanpa memaksa melalui kuliah-kuliah ilmunya di samping menganjurkan “ rehlah ” untuk mengeratkan hubungan dengan  sasaran madu’nya dengan  menjemput sama mahram  mereka dalam  usaha membangkitkan kesedaran menutup aurat dalam kalangan wanita Melayu di Kedah ketika itu.
Para Peserta Kuliah Mingguan Syeikh Niamat , antaranya Allahyarham Al-Fadhil Ustaz Fadil, bertempat di Alor setar kedah pada 16 disember 1972.  Almarhum Syeikh Niamat  merupakan seorang yang petah berbicara, hikmah dalam menyampaikan dakwahnya. Sepertimana catatan Presiden Teras Pengupayaan Melayu dalam penulisan beliau yang bertajuk “ PEMERGIAN YANG SUKAR DIGANTI”. ”Sebagai seorang pendakwah, beliau sering menunjukkan contoh dalam perbicaraannya, menggunakan kata-kata yang sesuai, mengungkap istilah yang cukup cermat dan berhati-hati”.
Dalam menggunakan pendekatan sederhana dan berhikmah semasa berdepan dengan sasaran dakwahnya, beliau sangat tegas tentang kesucian agama Islam dan ajarannya serta amat sensitif dengan unsur-unsur yang mencemari kesucian agama Islam dan  penghinaan yang dilontarkan kepada utusan  risalah Allah, nabi Muhammad S.A.W. Kerana itu, apabila beberapa individu mengeluarkan kenyataan yang menghina baginda S.A.W dan mempertikaian kebenaran syariat, beliau yang ketika itu menjadi Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Kedah telah membuat aduan kepada Penguatkuasaan dan Pendakwaan JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah) agar mereka disiasat atas kesalahan Jenayah Syariah 20. Tidak cukup dengan itu, beliau bersama dengan badan dakwah lain juga turut mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah selaku Pengerusi Majlis-Majlis Raja Melayu untuk meneliti dan mengambil tindakan terhadap mereka yang biadap terhadap agama Islam.

4.0       Keterlibatan Tuan Syeikh Niamat Bin Yusuff ( Pengasas Sekolah Pondok ) dalam masyarakat.
4.1       PADA ERA 1970.
Setelah kembali ke tanah air nama Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf  mula terserlah di mata masyarakat kerana penglibatan beliau dalam kerjaya pendidikan Islam disamping keterlibatan beliau dalam wadah-wadah Islam dan gerakan sosial.
·         Dalam masa yang sama, Tuan Syeikh Niamat bin Yusuff juga terlibat dalam Persatuan Kebajikan Islam (PERKIM) Bahagian Negeri Kedah sebagai Ketua Biro Pendidikan.
·         Beliau juga adalah diantara individu yang bertanggungjawab mengasaskan Angkatan Belia Islam (ABIM) cawangan Negeri Kedah pada tahun 1972.

Sumber : Kajian lapangan 2014.
Foto 7 : Menunjukkan surat daripada persatuan ABIM untuk meminta sumbagan bagi membina rumah Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf.
Penubuhan cawangan ini merupakan diantara yang pertama ditubuhkan setelah diasaskan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan sahabat-sahabatnya di Kuala Lumpur pada tahun 1971.
Menurut Zul Azri Mohd Sani , Tuan syeikh Niamat bin Yusuf  menjawat jawatan Yang Di-Pertua ABIM  Negeri Kedah yang pertama setelah diasaskan. Di peringkat ABIM pusat, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Syuro yang merupakan induk kepada pertubuhan tersebut. Namun, atas alasan mahu menumpukan perhatian terhadap proses penubuhan sebuah sekolah agama, maka beliau telah mengundurkan diri sebagai Yang Di-Pertua ABIM Kedah pada tahun 1978. Walaupun begitu, disebabkan kepimpinan beliau masih lagi diperlukan, maka jawatannya dalam Exco ABIM negeri Kedah masih lagi dikekalkan sebagai Naib Yang Di-Pertua sehinggalah menjelang tahun 1989. Inilah wadah yang dipilih olehnya untuk berperanan di dalam masyarakat dalam bidang dakwah dan tarbiyah.
Tuan Syeikh Niamat bin Yusuff,  terlibat secara aktif dalam Persatuan Ulama’ Kedah. Satu persatuan yang menjadi tunggak aspirasi seluruh ulama’ Negeri Kedah sejak ia ditubuhkan pada tahun 1948. beliau menjawat jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa dari tahun 1971 hingga 1987. kemudian dipilih sebagai Timbalan Yang Di-Pertua Persatuan Ulama’ Kedah sejak dari tahun 1987 hingga ke akhir hayat beliau.
Antara Penglibatan dan Jawatan yang pernah disandang oleh Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf:-
a)         Penglibatan dan jawatan :-
1)      Perhimpunan Pelajar-pelajar Islam Malaysia - AJK
2)      Persatuan Maahad Persatuan Nadhawatul Persuratan - AJK
3)      Politik ( PAS ) - pernah diangkat menjadi calon pilihan raya
4)      Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) – PRESIDENT / PENGASAS
5)      Persatuan dan Pertubuhan Ulamak Kedah (HESA) - AJK
6)      Penulisan Kedah ( GATRA ) – AJK
7)      Maahad Persatuan Asia Tenggara – AJK

4.2       PADA ERA 1980.
            Pada akhir 90an beliau mula melibatkan diri secara serius dengan parti politik iaitu Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan menjawat jawatan sebagai Naib Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Naib Ketua Dewan Ulama’ PAS Negeri Kedah serta Ketua Urusan Ulama’ PAS Kawasan Pokok Sena. Beliau serta beberapa orang rakan telah mengasaskan Nadwah Persuratan Islam Malaysia (NAFIS) satu wadah dalam mengumpul serta membangunkan penulisan-penulisan bercorak Islam.
Penglibatan Tuan Syeikh Niamat bin Yusuff di arena pertubuhan Islam  memberi peluang untuknya bukan sahaja melawat ke seluruh pelusuk tanah air, malah ke beberapa buah negara luar. Diantara lawatan rasmi beliau ialah :-
Bil.
Negara yang dilawati oleh Tuan Syeik Niamat bin Yusuff
Tahun
1
Arab Saudi
1983
2
Kuwait
1988
3
United Kingdom
1989 dan 1990
4
Sudan
1990

Lawatan  tersebut ialah atas urusan kerja di bawah persatuan dan kebanyakannya ialah jemputan daripada pihak Universiti luar  Negara antaranya ialah :-
        i.            Universiti Nahdwatul Ulama’ – India
      ii.            Universiti of Sudan – Sudan
    iii.            United State of America USA – Pertubuhan islam terbesar dunia atau lebih dikenali dengan singkatan ( MSDIB ).
    iv.            Pondok-pondok agama / Maahad Tahfiz (1985 ) – Indonesia.

Sheikh Nuruddin Al Banjari
Sumber : Kajian lapangan 2014, carian http://www.google.com/image
Foto 8 : Menunjukkan salah seorang Ulama Indonessia yang sering berurusan dengan Syeikh Niamat bin Yusuf, semasa beliau sering ke negara berkenaan atas urusan kerja dan jemputan.
Selain itu, Tuan Syeikh turut melawat   beberapa buah  negara Timur Tengah serta di Eropah pada awal hingga akhir 90 an, Tuan Syeikh turut mempunyai hubungan yang erat dengan pihak universiti-universiti  luar  Negara disebabkan  itulah  pelajar-pelajar Malaysia dengan mudah dapat melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang ilmu agama .
Majlis Ummah Ahli Sunnah ( MUAS )
Sumber : Kajian Lapangan 2014, carian http://www.google.com/image
Foto 9 : Menunjukkan gambar semasa Majlis MUAS kali pertama bersama Habib Abdullah Al Attas Yaman, iaitu Dato Hj. Mohd Murtadza bin Ahmad ( tengah ) , kawan-kawan

Dr Muhammad Tahir-ul-Qadri
Sumber : Kajian lapangan 2014, carian http://www.google.com/image
Foto 9 : Menunjukkan seorang Ulama daripada luar negara yang merupakan kemnalan Tuan Syeikh  pernah datang ke Maahad Tarbiah Islamiyyah semasa aktivit malam MAJLIS UMMAH AHLI SUNNAH ( MUAS ).
 Melalui lawatan  inilah beliau banyak menimba  pengalaman  untuk melanjutkan usaha ke arah melangsungkan pendidikan yang beliau pelopori itu.
5.0       Kesimpulan.
            Berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan, jelaslah bahawa banyak sumbangan dan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Almarhum Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf dalam membangunkan sekolah pondok yang diberi nama Maahad Tarbiah Islamiyyah, Derang. Syeikh  Nia’mat Yusoff  merupakan antara nama-nama besar dalam deretan tokoh-tokoh yang sewajarnya dijadikan  ikutan ke15pada para pendakwah  kini. Kemunculan beliau dengan imej ulama muda dalam  kebangkitan Islam dan gelombang dakwah sekitar tahun 70an merupakan aset besar kepada negara. Beliau telah membangunkan sebuah intitusi pengajian Islam yang beliau namakan Maahad Tarbiyyah Al-Islamiah ( MTID ), dengan  moto “Melahirkan Generasi Ulama Rabbani”.  Sebagai pemimpin dan murabbi peribdi dan gaya hidup beliau adalah cerminan nilai serta prinsip yang diperjuangkannya, bukan sekadar itu, malah beliau juga  adalah seorang mahaguru, perintis jalan perjuangan, ahli siasah, perancang, pemidato, pemuisi juga seorang pemikir. Beliau juga bergiat aktif dalam Persatuan Ulama Kedah dan menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS) sebagai pelengkap kepada kesyumulan  Islam yang diperjuangkannya.











Nota Hujung :-
                1, Harun bin Zakaria,
                2, Harun bin Zakaria,
                3, Harun bin Zakaria,
            4 Muhammad Fazizul Helmi bin Raidzan,
            5 Muhammad Fazizul Helmi bin Raidzan,
            6 Muhammad Fazizul Helmi bin Raidzan,
            Harun bin Zakaria
            9 Harun bin Zakaria,
                10 Harun bin Zakaria,
                11 http://madrasaharrahmaniah.blogspot.com/,  
                12  http://madrasaharrahmaniah.blogspot.com/,  
            13  http://madrasaharrahmaniah.blogspot.com/,              
                14 http://madrasaharrahmaniah.blogspot.com/,
            15 http://madrasaharrahmaniah.blogspot.com/,               
                16 http://madrasaharrahmaniah.blogspot.com/,               
                17 http://madrasaharrahmaniah.blogspot.com/,           
            18  Berita Harian, Mac 199, Ogos 1989,         
            19   http://madrasaharrahmaniah.blogspot.com/,             
                20  http://madrasaharrahmaniah.blogspot.com/,














Bibliografi
Sumber Primer ( temu ramah ) :-
Harun bin Hj. Zakaria, Bekas anak murid dan Kawan Akrab Tuan Syeikh Niamat bin Yusuff dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nawa, ( 13/ 03/ 2014 )
Zul Azri Mohd Sani, Penolong Pendaftaran Pengasas  Maahad Tarbiah Islamiyyah Derang Pokok Sena,( 15/ 03/ 2014 )
Muhammad Fazizul Helmi bin Raidzan, Pengerusi Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah ( PPPT ) ( 17/ 03/ 2014 )
Sumber Sekunder :-
Buku-buku
Ismail Hashim , Gagasan Ustaz Niamat Yusuff – Ulamak Arkitek Kemanusiaan,
            Penerbitan Ilmiah.
Wan Shamsudin Mohd Yusuf,Zakariya Ahmad,Niamat Yusuff,Ismail Saleh, Abdul Halim ‘R’ – Ulama Kedah Darul Aman,
            Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman. 1996.
Akhbar
Berita Harian , Mac 1997 , Ogos 1989

Internet
:http://madrasaharrahmaniah.blogspot.com/
http://mtiderang.blogspot.com/‎
http://halehwalsekolahagama.blogspot.com/2011/06/maahad-tarbiah-islamiah-derang.html
http://alamin-btho.blogspot.com/2010_11_01_archive.html













LAMPIRAN
MAAHAD TARBIAH ISLAMIYAH DERANG
Lampiran 1 : Lencana Maahad Tarbiah Islamiyyah
PANAROMA MAAHAD
Lampiran 2 : Masjid An niamah.
PANORAMA MAAHAD
Lampiran 3 : Bangunan Abu Bakar.
PANORAMA MAAHAD
Lampiran 4 : Dewan Albukhary.
Lampiran 5 : Surat penghargaan kepada Tuan Syeih Niamat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan