1.0 Pengenalan.
Tokoh agama merupakan antara individu yang memainkan
peranan penting dalam sesebuah masyarakat dan disegani oleh komuniti masyarakat
berikutan tokoh agama mempunyai tahap
ilmu agama yang tinggi dan berpengetahuan dalam mengajar ilmu agama. Antaranya
ialah ilmu feqah, usuluddin, tasawuf, dan lain-lain. Selain mempunyai kedudukan
yang tinggi dalam komuniti masyarakat tokoh agama juga mempunyai pengaruh yang
kuat dalam masyarakat. Oleh itu, tokoh agama sering menjadi ikutan ataupun
‘role model’ kepada masyarakat dalam menyebarkan dan memperluaskan ilmu agama
kepada mereka serta menjadi tempat rujukan sekiranya berlakunya perselisihan
faham dan kekeliruan dalam masyarakat.
Sebelum
memfokuskan kepada sumbangan dalam membangunkan sekolah pondok, akan dijelaskan dan diterangkan terlebih
dahulu latar belakang tokoh agama yang dikaji iaitu Tuan Syeikh Niamat Bin
Yusuf dan pelbagai usaha yang dilakukan oleh beliau dalam membangunkan sekolah
pondok iaitu Maahad Tarbiah Islamiyyah, Derang, Pokok Sena, supaya perbincangan
ini esei ini lebih menarik dan terperinci. Bagi menjelaskan latar belakang
tersebut kajian ini meneliti pelbagai sumber primer dan sekunder bagi
mengetahui dan memperoleh maklumat berkaitan latar belakang tokoh agama Tuan Syeikh
Niamat Bin Yusuf ini. Berdasarkan maklumat tersebut, saya dapat mengetahui dan
megenali lebih dekat siapakah sebenarnya Tuan Syeikh Niamat Bin Yusuf. Pelbagai
usaha yang telah dilakukan oleh beliau dalam mengasaskan atau membangunkan
sekolah pondok yang diberi nama Maahad Tarbiah Islamiyyah demi kepentingan
masyarakat. Penubuhannya adalah bertujuan memastikan masyarakat setempat dan
luar celik tentang betapa pentingnya
ilmu agama dalam kehidupan selain membentuk masyarakat supaya lebih mendekatkan
diri kepada pencipta-Nya dan sedar perananya sebagai khalifah di muka bumi.
2.0 Latar
Belakang Tokoh Agama Tuan Syeikh Niamat Bin Yusuf
Foto
1 : menunjukkan gambar Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf.
Sumber
: Kajian lapangan 2014.
2.1 Peribadi
Kampung Derang amat sinonim dengan seorang tokoh agama bernama Al-Fadhil
Syeikh Niamat Bin Yusof. Beliau dilahirkan pada 22 Februari 1940 di Kepala
Batas, Pulau Pinang, yang ketika itu terkenal dengan sekolah-sekolah yang
masyhur di Nusantara.
Menurut Muhammad Fazilul Helmi Bin Raidzan, Syeikh Niamat merupakan anak
yang kedua daripada empat orang adik beradik,
Beliau merupakan keturunan
mempunyai susur galur agama, bapanya Tuan Guru Syeikh Yusof Bin Said dan
ibunya ialah Che’ Tah Binti Abdul Hamid.
Bapanya seorang tokoh yang disegani kerana pengalaman dan keterlibatan dalam masyarakat dalam membantu menerajui pusat
pendidikan pondok di beberapa daerah dalam negeri Kedah ketika itu 1.

Sumber :
Kajian Lapangan 2014.
Foto 2 :
Menunjukkan rumah Tuan Niamat bin Yusuf, rumah ini berada dalam sekolah pondok
iaitu Maahad Tarbiah Islamiyyah, di Derang, Pokok Sena. Tapi rumah ini telah
diubahsuai kerana struktur rumah ini telah musnah akibat banjir besar pada
tahun pada tahun 2010.
Foto 3 :
Menunjukkan kesan daripada banjir pada tahun 2010.
Sumber :
Kajian lapangan 2014.
Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf juga minat dalam bidang
penulisan, sejak usianya 17 tahun lagi tulisan-tulisan beliau
telah termuat di dalam pelbagai majalah dan akhbar yang ringan. Mulai tahun
1958 tulisan-tulisan beliau telah mula tersiar dalam majalah Mastika yang dianggap paling popular ketika
itu. Dari tahun 1957 hingga 1960 sahaja, beliau telah menghasilkan 50 buah sajak, 5 buah cerpen dan
2 buah cerpen terjemahan, beberapa artikel tentang sejarah dan 2 buah drama. Di
saat-saat inilah beliau terlibat dengan Badan Seni Seri Budaya Kedah sebagai
Ahli Jawatankuasa pada tahun 1963/1964 2.
Selepas
tahun 1964 beliau lebih berkecenderungan menulis artikel-artikel yang menyentuh
persoalan agama, falsafah, sejarah dan pendidikan. Manakala selepas tahun 1974
tulisan yang dihasilkan beliau lebih bercorak dakwah dan tarbiyah sehinggalah
ke saaat terakhir kehidupan beliau.
Ustaz
Niamat Yusuf seorang yang bijak mengambil peluang dari bakatnya yang ada,
beliau telah memasuki ruang baru dalam berdakwah iaitu melalui bidang sastera.
Ustaz yang gemar menulis dalam pelbagai hal itu menjadikanya terkenal dalam
bidang itu terutamanya penulisan melalui nama penanya iaitu “ Niamaty “. Beliau
merupakan sezaman dengan Proffesor Emeritus Haji Shahnon Ahmad dan Ustaz Azizi
Hajii Abdullah. Mereka seringkali bertemu di dalam banyak program yang
dianjurkan oleh Gabungan Sasterawan Sedar ( GATRA ) sekitar tahun 60-an yang
ketika itu dipimpin oleh Pak Shahnon Ahmad 3.
“
Ketika itu, Ustaz Niamat bergiat aktif menulis kerana beliau sedang berusaha
mengumpul wang bagi membolehkanya menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar”-
cerita Ustaz Azizi.
Selepas
Gatra berpindah digantikan pula oleh Angkatan Sasterawan Sedar ( ASASI )
dipimpin oleh Pak Shahnon Ahmad. Ketika ini Mereka banyak menjemput Ustaz
Niamat untuk memberikan ceramah mengenai sastera islam. Sehinggakan hubungan
rapat mereka tetap terjalin dengan baik sehinggalah Tuan Syeikh meninggal
dunia. Penglibatan diri dalam bidang penulisan menjadikan diri Ustaz Niamat
disegani, sahabat-sahabat semakin ramai di seluruh cerok rantau Negara dan luar
Negara.
2.2 Perkhawinan
Menurut
sumber daripada Cikgu Harun bin Zakaria, Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf
mendirikan rumahtangga pada tahun 1961 dengan Puan Khadijah (Bashariah) Binti Othman
( mesra dengan panggilan makcik Bashah) 4. Beliau banyak
berjasa didalam membantu Syeikh Niamat semasa dakwah dan perjuagannya iaitu
memberi komitmen dan perangsang semangat kepada suaminya didalam aktiviti belia
islam pada awal abad
1970-an sehinggakan mendapat gelaran “Ibu ABIM”. Beliau banyak berjasama mendokong dan memberikan kerjasama semasa Tuan
Syeikh Niamat terlibat secara aktif dengan harakah ABIM. Senarai anak-anak,
Syeikh Niamat :-
1)
Mohd. Naim bin Niamat ( 40 tahun ).
2)
Mohd. Shahruddeen @ Nuqman bin
Niamat ( 35tahun ).
3)
Nia’mah binti Niamat ( 34 tahun ).
4)
Mohd. Nasim bin Niamat ( 31 tahun
).
5)
Nahar Sofi bin Niamat ( 30 tahun ).
6)
Nadhirah binti Niamat ( 29 tahun ).
7)
Nasaruddeen bin Niamat ( 29 tahun
).
8)
Saifuddeen bin Niamat ( 27 tahun ).
9)
Nurul Iman binti Niamat ( 26 tahun
).
10) Nur Bidayah binti Niamat ( 24 tahun ).
11) Nurul Ihsan binti Niamat ( 23 tahun ).
12) Nurul Islam binti Niamat ( 22 tahun ).
13) Nurul hikmah binti Niamat ( 18 tahun ).
14) Nurul Bashirah binti Niamat ( 19 tahun ).
Salah
seorang anak Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf iaitu Mohd. Naim bin Niamat ( anak
sulong ) yang merupakan hasil perkhawinan dengan isteri pertama Pn. Khadijah (
Makcik Bashah ) binti Uthman telah berjaya menjadi orang terpenting dan telah
memegang beberapa jawatan antaranya ialah Pegawai CAPS, Penerbit Televisyen
terkenal tanah air menerusi dokumentari - Jejak Rasul TV3 yang sering disiarkan
pada bulan Ramadan. Manakala Mohd. Shahruddeen @ Nuqman bin Niamat ( 35tahun )
yang merupakan anak ke-2 telah berperanan sebagai imam masjid di Bandar Kuala
Lumpur ( Damansara ) 5.
Pada
bulan November 1990, Tuan syeikh Niamat bin Yusuf telah mendapat pasangan hidup kedua iaitu Puan
Engku Faizah Engku Mohsin ( lebih mesra dengan panggilan Umi – umur 46 tahun ) 6.
Beliau berasal dari Selatan Tanah Air iaitu Negeri Johor. Sepanjang kehidupan,
mereka dikurniakan seorang anak lelaki
iaitu Nurul Irfan bin Niamat pada tahun 1991. Kini Nurul Irfan mengjangkau umur
22 tahun dan sudah mendirikan rumah tangga. Menurut Cikgu Harun Zakaria, Nurul Irfan dikatakan mewarisi ciri-ciri dan
sifat Tuan Guru Niamat bin Yusuf iaitu
petah berkata-kata sejak kecil, seorang yang lantang menyuarakan pendapat. Sebelas
orang daripada anak-anak beliau telah berumahtangga sementara 4 orang masih
bersekolah.
2.3 Pendidikan
2.3.1 Pendidikan Tidak Formal Tuan
Syeikh Niamat bin Yusuf.
Menurut Cikgu Zakaria bin Harun, kehidupan
Tuan Guru Syeikh Yusof Bin Said( bapanya ) amat sederhana. Beliau menerima
pengalaman dari ayahnya yang sering berpindah-randah 7. Perpindahan
yang pertama ialah dari Kepala Batas Seberang Perai ke Padang Sera Kedah,
dimana beliau (Tuan Guru Syeikh Yusoff) telah mengasaskan sekolah agama
An-Nahdhah Al-Hasanah Melele bersama seorang sahabat dari Indonesia bernama
Ustaz Ali Bustamam 8. Kemudian beliau berpindah ke Kubur Panjang untuk
menggantikan Tuan Guru Haji Husin Misri sebagai mudir di Pondok Madrasah
At-Tarbiyah Al-Auladiyah. Akhirnya pada tahun 1952 beliau berpindah ke Alor
Setar untuk mengembangkan ilmu pengetahuannya kepada masyarakat umum menerusi
masjid-masjid, surau-surau dan parsatuan-persatuan.
2.3.2 Pendidikan Formal Tuan Syeikh
Niamat bin Yusuf :-
·
Sekolah
Melayu Siputeh, 1947.
·
Sekolah
Melayu Gajah Mati (Derang), 1949.
·
Madrasah
At-Tarbiyah Al-Auladiyah, 1952.
·
Maktab Mahmud
Alor Setar, 1950.
·
Universiti
Al-Azhar, 1964.
Di samping pengalaman dan pendidikan yang tidak formal yang diperolehi
dari ayahnya, beliau juga mendapatkan pendidikan formal dari beberapa buah
sekolah. Pertama, beliau dihantar belajar di sekolah Melayu Siputeh pada tahun
1947 sehingga 1948 sehingga darjah dua, kemudian menuntut di Madrasah
At-Tarbiyah Al-Auladiyah, Kubur Panjang sehingga darjah tiga pada tahun 1952 9.
Beliau kemudian mendapat kesempatan melanjutkan pelajaran di Maktab Mahmud Alor
Setar dan lulus Syahadah Nihaiyah (menengah) di Sekolah tersebut pada tahun
1960 10.
Walaupun dalam usianya yang terlalu muda, Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf
telah menimba pengalaman menjadi guru Al-Quran dan tajwid di rumah-rumah dan di
surau-surau sejak tahun 1954 sehingga 1960 ketika usia baru menjangkau umur 14
tahun dan berkesempatan mengajar bahasa arab di beberapa buah sekolah agama
rakyat di negeri Kedah pada tahun 1960 sehingga 1964 11. Sebelum
berangkat ke Mesir, beliau juga telah sempat menjadi guru agama dan guru bahasa
kebangsaan di sebuah sekolah swasta Darul Aman English School, Alor Setar dan
di kelas khas Maktab Mahmud.
Pada tahun 1964 beliau telah berangkat melanjutkan
pelajaran di Universiti Al-Azhar di Mesir dengan dokongan dan sokongan masyarakat. Dengan bekalan yang sangat
terbatas beliau telah berangkat ke Mesir dengan menaiki sebuah kapal laut dari Singapura
dan meninggalkan seorang isteri dan seorang putera yang masih kecil bernama Muhammad Naim
yang pada masa itu baru berusia 10 bulan.
Dugaan
kedua mengiringi beliau apabila sampai ke Singapura, perjalanan beliau tergendala
oleh peristiwa rusuhan kaum yang sedang berlaku di sana pada waktu itu. Setelah
dua hari terkepung di rumah sahabatnya, En. Rahman Bee, perjalanan beliau
diteruskan sehingga pada tanggal 16 Oktober 1964 beliau tiba dengan selamat di
Kaherah dan mendaftarkan diri dalam pengajian di bidang Usuluddin di Universiti
Al-Azhar 12.
Untuk
membiayai keperluan pengajian, beliau
juga terpaksa bekerja sambilan sebagai pengedar buku-buku dan kitab-kitab agama
ke tanah air. Beliau adalah seangkatan dengan Dato’ Syeikh Yusof Haji Ismail,
bekas Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah, dan almarhum Al-Fadhil
Ustaz Fadhil Muhammad Noor, mantan Presiden PAS. Semasa di Kaherah, beliau
turut terlibat di dalam mengendalikan Persekutuan Melayu Republik Arab
Bersatu ( PMRAB ) sebagai anggota badan pengurus 13. Tepat pada
tanggal 18 Oktober 1968 beliau telah kembali ke tanah air dengan segulung
ijazah dalam bidang usuluddin dari Universiti Al-Azhar.
2.4 Kerjaya
Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf.
Dalam bidang pendidikan beliau telah diterima menjadi guru penolong di
Maktab Mahmud, Alor Setar sejak dari tahun 1969 dan pada tahun 1972 hingga
tahun 1978 pula, beliau telah dipilih
menjadi Pensyarah dalam Darjah Latihan Perguruan Guru-guru Agama Kedah
14. Tahun 1981 merupakan tahun yang merubah suasana kehidupannya dalam
kerjaya beliau sebagai pendidik di Maktab Mahmud.
Pada tanggal 5hb Jun 1982 dengan rasminya meletakkan jawatan sebagai guru
di Maktab Mahmud setelah berkhidmat selama 12 tahun 15. Perletakan
jawatan didorong atas kesedaran tentang keperluan menubuhkan sebuah sekolah
agama yang mendokong aspek keilmuan Islam.
3.0 Peranan Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf
dalam mengasas/membangunkan Sekolah Pondok dan masyarakat.
3.1 Usaha dan halangan penubuhan Maahad Tarbiah
Islamiyyah.
Syeikh
Niamat Yusoff memang memiliki watak sebagai seorang Tok Guru. Watak ini
mewajarkan beliau untuk memiliki pondoknya sendiri. Oleh itu beliau mula
menjelalah beberapa pesantren (pondok) di Indonesia, untuk mencari ilham membina
pondok yang beliau idamkan. Akhirnya Pada tanggal 5hb Jun 1982 dengan rasminya meletakkan jawatan sebagai guru
di Maktab Mahmud setelah berkhidmat selama 12 tahun 16. Lokasi
ini adalah hasil pilihan rakan-rakan
seperjuangan ( ABIM ) yang mempunyai niat
yang sama.

Foto 3
Sumber :
Kajian lapangan 2014.

Foto 4
Sumber :
Kajian lapangan 2014.
Foto 3
dan foto 4 : Menunjukkan bangunan Maahad Tarbiah Islamiyyah yang awal-awal
ditubuhkan oleh penduduk setempat, dan kawan-kawan Persatuan ABIM. Tapak tersebut
ialah tapak yang mula dicadangkan untuk membina maahad. Kini bangunan itu tidak
digunakan lagi kerana ada bangunan yang lebih baik telah dibina.
Proses
mendirikan pondok bukan perkara mudah, prasarana yang pertama didirikan adalah
sebuah bangunan dari bahan binaan Masjid Kandis yang di waqafkan. Keseluruhan
pembinaan sekolah adalah hasil dari pengorbanan rakan-rakan seperjuangan untuk
memartabatkan pendidikan Islam. Rakan beliau tertutamanya ahli-ahli ABIM telah
tampil membantu beliau. Sebahagian dari
mereka sanggup menangguhkan pengajian di luar negara semata-mata untuk
memastikan intitusi pengajian ini dapat berjalan seperti yang dirancangkan
Pada awal
tahun 1980, tertubuhnya Maahad Tarbiyah Islamiah di bawah pimpinan dan ilham
dari Syeikh Niamat. Penerokaan ini merupakan yang pertama di Malaysia
memandangkan pengajian bermula dari peringkat rendah berasrama penuh.
Berbanding dengan sekolah-sekolah agama yang lain, pengajian hanya dimulakan di
peringkat menengah rendah. Di sinilah Ustaz Niamat mula menyelami dan
menghayati pengalaman yang pernah diperolehinya ketika bersama ayah beliau sebelum ini.
3.2 Peringkat Setelah Tertubunya Maahad
Tarbiah Islamiyyah.
Menurut
Zul Azri Mohd Sani, setelah Maahad ditubuhkan, bermulalah
peringkat kehadiran tenaga-tenaga penggerak secara sukarela. Diperingkat ini
beliau memikul tugas menyatukan tenaga-tenaga petugas yang hadir dari pelbagai
latarbelakang hidup dan bidang pendidikan. Petugas-petugas ini terdiri daripada
pelbagai latarbelakang iaitu bidang
agama, teknokrat, profesional dan sebagainya
17.
Di
sinilah bermulanya cogan kata Maahad
“Gandingan diantara keilmuan Islam yang
mantap dan teknologi moden yang
bermanfaat” sebagai halatuju kepada pembentukan Maahad. Langkah demi langkah
Maahad bersama Syeikh Niamat dan pendokong yang di bawah pimpinan beliau telah
dapat merealisasikan sebuah sekolah yang
pertama di Malaysia menyediakan pendidikan Islam peringkat rendah aliran Arab
secara berasrama penuh.
Sumber :
Kajian lapangan 2014 carian http://www.google.com
Foto 5:
Menunjukkan pintu gerbang utama Maahad Tarbiah Islamiyyah.
Sumber :
Kajian lapangan 2014.
Kemampuan
ini lebih unik apabila tarikan petugas pendokong baru maahad bukan didasarkan kepada
janji-janji “gaji lumayan” malah tenaga Maahad terpaksa menempuh kesusahan bersama
beliau serta berkorban. Oleh kerana itu, walaupun beliau pada awalnya tidak
memiliki modal yang besar, tanpa tenaga guru yang sanggup menyertainya, tidak mungkin dapat difikirkan pengwujudan
sebuah sekolah agama persendirian tanpa
bantuan dari kerajaan. Namun inilah hakikat yang memulakan penubuhan Maahad di bawah teraju beliau. Segala kepeluan
tersebut menyusul di belakangnya.
tidak hairanlah kebaktian di bidang pendidikan telah mendapat
perhatian dari pihak Kerajaan Negeri Kedah sehingga beliau diberi penghormatan menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat
Negeri Kedah Darulaman pada tahun 1989 18.

Sumber :
Kajian lapangan 2014, Harakah Januari 1998 dan November 1998.
Foto 6 : Menunjukkan Tuan Syeikh
Niamat bin yusuf telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah kerana kebaktian beliau dalam bidang pendidikan
telah mendapat perhatian dari pihak Kerajaan Negeri Kedah sehingga beliau
diberi penghormatan menerima anugerah
Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah Darulaman pada tahun 1989.
3.3 Peranan Tuan
Syeikh Niamat yusuf dalam
membangunkan masyarakat.
Menurut
Hafiz Mustafa Lubis, antara usaha penting
dalam dakwah Islam Tuan Syeikh Niamat ialah , beliau merupakan pelopor utama di dalam menggerakkan wanita Melayu Islam di negara ini
untuk membiasakan diri memakai tudung 19. Ketika mana penutupan
aurat sangat janggal pada tahun 70-an, beliau memberanikan diri menyeru rakan-rakan terdekat supaya menggalakkan
isteri mereka, anak-anak perempuan atau saudara mara perempuan untuk memakai
tudung. Kempen memakai tudung ini juga turut disebarkan di institut-institut
pengajian.
Antara
pendekatan hikmah yang diambil oleh beliau sepertimana yang diceritakan oleh
rakan-rakan terdekat, beliau mengajak muslimah Melayu untuk menutup aurat tanpa
memaksa melalui kuliah-kuliah ilmunya di samping menganjurkan “ rehlah ” untuk
mengeratkan hubungan dengan sasaran madu’nya
dengan menjemput sama mahram mereka dalam usaha membangkitkan kesedaran menutup aurat
dalam kalangan wanita Melayu di Kedah ketika itu.
Para
Peserta Kuliah Mingguan Syeikh Niamat , antaranya Allahyarham Al-Fadhil Ustaz
Fadil, bertempat di Alor setar kedah pada 16 disember 1972. Almarhum Syeikh Niamat merupakan seorang yang petah berbicara, hikmah
dalam menyampaikan dakwahnya. Sepertimana catatan Presiden Teras Pengupayaan
Melayu dalam penulisan beliau yang bertajuk “ PEMERGIAN YANG SUKAR DIGANTI”.
”Sebagai seorang pendakwah, beliau sering menunjukkan contoh dalam
perbicaraannya, menggunakan kata-kata yang sesuai, mengungkap istilah yang
cukup cermat dan berhati-hati”.
Dalam
menggunakan pendekatan sederhana dan berhikmah semasa berdepan dengan sasaran
dakwahnya, beliau sangat tegas tentang kesucian agama Islam dan ajarannya serta
amat sensitif dengan unsur-unsur yang mencemari kesucian agama Islam dan penghinaan yang dilontarkan kepada utusan risalah Allah, nabi Muhammad S.A.W. Kerana
itu, apabila beberapa individu mengeluarkan kenyataan yang menghina baginda
S.A.W dan mempertikaian kebenaran syariat, beliau yang ketika itu menjadi
Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Kedah telah membuat aduan kepada
Penguatkuasaan dan Pendakwaan JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah) agar mereka
disiasat atas kesalahan Jenayah Syariah 20. Tidak cukup dengan itu,
beliau bersama dengan badan dakwah lain juga turut mengadap Duli Yang Maha
Mulia Sultan Kedah selaku Pengerusi Majlis-Majlis Raja Melayu untuk meneliti dan
mengambil tindakan terhadap mereka yang biadap terhadap agama Islam.
4.0 Keterlibatan
Tuan Syeikh Niamat Bin Yusuff ( Pengasas Sekolah Pondok ) dalam masyarakat.
4.1 PADA ERA
1970.
Setelah kembali ke tanah air nama
Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf mula
terserlah di mata masyarakat kerana penglibatan beliau dalam kerjaya pendidikan
Islam disamping keterlibatan beliau dalam wadah-wadah Islam dan gerakan sosial.
·
Dalam masa yang sama, Tuan Syeikh Niamat
bin Yusuff juga terlibat dalam Persatuan Kebajikan Islam (PERKIM) Bahagian
Negeri Kedah sebagai Ketua Biro Pendidikan.
·
Beliau juga adalah diantara individu
yang bertanggungjawab mengasaskan Angkatan Belia Islam (ABIM) cawangan Negeri
Kedah pada tahun 1972.

Sumber
: Kajian lapangan 2014.
Foto 7 : Menunjukkan surat daripada persatuan ABIM untuk meminta sumbagan bagi membina rumah Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf.
Foto 7 : Menunjukkan surat daripada persatuan ABIM untuk meminta sumbagan bagi membina rumah Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf.
Penubuhan
cawangan ini merupakan diantara yang pertama ditubuhkan setelah diasaskan oleh
Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan sahabat-sahabatnya di Kuala Lumpur pada tahun
1971.
Menurut
Zul Azri Mohd Sani , Tuan syeikh Niamat bin Yusuf menjawat jawatan Yang Di-Pertua ABIM Negeri Kedah yang pertama setelah diasaskan.
Di peringkat ABIM pusat, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Syuro yang
merupakan induk kepada pertubuhan tersebut. Namun, atas alasan mahu menumpukan
perhatian terhadap proses penubuhan sebuah sekolah agama, maka beliau telah
mengundurkan diri sebagai Yang Di-Pertua ABIM Kedah pada tahun 1978. Walaupun
begitu, disebabkan kepimpinan beliau masih lagi diperlukan, maka jawatannya
dalam Exco ABIM negeri Kedah masih lagi dikekalkan sebagai Naib Yang Di-Pertua
sehinggalah menjelang tahun 1989. Inilah wadah yang dipilih olehnya untuk
berperanan di dalam masyarakat dalam bidang dakwah dan tarbiyah.
Tuan
Syeikh Niamat bin Yusuff, terlibat
secara aktif dalam Persatuan Ulama’ Kedah. Satu persatuan yang menjadi tunggak
aspirasi seluruh ulama’ Negeri Kedah sejak ia ditubuhkan pada tahun 1948.
beliau menjawat jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa dari tahun 1971 hingga 1987.
kemudian dipilih sebagai Timbalan Yang Di-Pertua Persatuan Ulama’ Kedah sejak
dari tahun 1987 hingga ke akhir hayat beliau.
Antara
Penglibatan dan Jawatan yang pernah disandang oleh Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf:-
a) Penglibatan dan jawatan :-
a) Penglibatan dan jawatan :-
1)
Perhimpunan Pelajar-pelajar Islam
Malaysia - AJK
2)
Persatuan Maahad Persatuan
Nadhawatul Persuratan - AJK
3)
Politik ( PAS ) - pernah diangkat
menjadi calon pilihan raya
4)
Angkatan Belia Islam Malaysia (
ABIM ) – PRESIDENT / PENGASAS
5)
Persatuan dan Pertubuhan Ulamak
Kedah (HESA) - AJK
6)
Penulisan Kedah ( GATRA ) – AJK
7)
Maahad Persatuan Asia Tenggara –
AJK
4.2 PADA
ERA 1980.
Pada akhir 90an beliau mula
melibatkan diri secara serius dengan parti politik iaitu Parti Islam SeMalaysia
(PAS) dengan menjawat jawatan sebagai Naib Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Naib
Ketua Dewan Ulama’ PAS Negeri Kedah serta Ketua Urusan Ulama’ PAS Kawasan Pokok
Sena. Beliau serta beberapa orang rakan telah mengasaskan Nadwah Persuratan
Islam Malaysia (NAFIS) satu wadah dalam mengumpul serta membangunkan
penulisan-penulisan bercorak Islam.
Penglibatan
Tuan Syeikh Niamat bin Yusuff di arena pertubuhan Islam memberi peluang untuknya bukan sahaja melawat
ke seluruh pelusuk tanah air, malah ke beberapa buah negara luar. Diantara
lawatan rasmi beliau ialah :-
Bil.
|
Negara yang dilawati oleh Tuan Syeik
Niamat bin Yusuff
|
Tahun
|
1
|
Arab Saudi
|
1983
|
2
|
Kuwait
|
1988
|
3
|
United Kingdom
|
1989 dan 1990
|
4
|
Sudan
|
1990
|
Lawatan
tersebut ialah atas urusan kerja di
bawah persatuan dan kebanyakannya ialah jemputan daripada pihak Universiti
luar Negara antaranya ialah :-
i.
Universiti Nahdwatul Ulama’ – India
ii.
Universiti of Sudan – Sudan
iii.
United State of America USA –
Pertubuhan islam terbesar dunia atau lebih dikenali dengan singkatan ( MSDIB ).
iv.
Pondok-pondok agama / Maahad Tahfiz
(1985 ) – Indonesia.

Sumber : Kajian lapangan 2014, carian http://www.google.com/image
Foto 8 : Menunjukkan salah seorang Ulama Indonessia
yang sering berurusan dengan Syeikh Niamat bin Yusuf, semasa beliau sering ke
negara berkenaan atas urusan kerja dan jemputan.
Selain
itu, Tuan Syeikh turut melawat beberapa buah negara Timur Tengah serta di Eropah pada awal
hingga akhir 90 an, Tuan Syeikh turut mempunyai hubungan yang erat dengan pihak
universiti-universiti luar Negara disebabkan itulah
pelajar-pelajar Malaysia dengan mudah dapat melanjutkan pelajaran di
peringkat yang lebih tinggi dalam bidang ilmu agama .

Sumber
: Kajian Lapangan 2014, carian http://www.google.com/image
Foto 9 : Menunjukkan gambar semasa Majlis MUAS kali pertama bersama Habib Abdullah Al Attas Yaman, iaitu Dato Hj. Mohd Murtadza bin Ahmad ( tengah ) , kawan-kawan
Foto 9 : Menunjukkan gambar semasa Majlis MUAS kali pertama bersama Habib Abdullah Al Attas Yaman, iaitu Dato Hj. Mohd Murtadza bin Ahmad ( tengah ) , kawan-kawan
Sumber
: Kajian lapangan 2014, carian http://www.google.com/image
Foto 9 : Menunjukkan seorang Ulama daripada luar negara yang merupakan kemnalan Tuan Syeikh pernah datang ke Maahad Tarbiah Islamiyyah semasa aktivit malam MAJLIS UMMAH AHLI SUNNAH ( MUAS ).
Foto 9 : Menunjukkan seorang Ulama daripada luar negara yang merupakan kemnalan Tuan Syeikh pernah datang ke Maahad Tarbiah Islamiyyah semasa aktivit malam MAJLIS UMMAH AHLI SUNNAH ( MUAS ).
Melalui lawatan inilah beliau banyak menimba pengalaman untuk melanjutkan usaha ke arah melangsungkan
pendidikan yang beliau pelopori itu.
5.0 Kesimpulan.
Berdasarkan penyelidikan yang telah
dijalankan, jelaslah bahawa banyak sumbangan dan usaha-usaha yang telah
dilakukan oleh Almarhum Tuan Syeikh Niamat bin Yusuf dalam membangunkan sekolah
pondok yang diberi nama Maahad Tarbiah Islamiyyah, Derang. Syeikh Nia’mat Yusoff merupakan antara nama-nama besar dalam
deretan tokoh-tokoh yang sewajarnya dijadikan ikutan ke15pada para pendakwah kini. Kemunculan beliau dengan imej ulama muda
dalam kebangkitan Islam dan gelombang
dakwah sekitar tahun 70an merupakan aset besar kepada negara. Beliau telah
membangunkan sebuah intitusi pengajian Islam yang beliau namakan Maahad
Tarbiyyah Al-Islamiah ( MTID ), dengan moto “Melahirkan Generasi Ulama Rabbani”. Sebagai pemimpin dan murabbi peribdi dan gaya
hidup beliau adalah cerminan nilai serta prinsip yang diperjuangkannya, bukan
sekadar itu, malah beliau juga adalah
seorang mahaguru, perintis jalan perjuangan, ahli siasah, perancang, pemidato,
pemuisi juga seorang pemikir. Beliau juga bergiat aktif dalam Persatuan Ulama
Kedah dan menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS) sebagai pelengkap kepada
kesyumulan Islam yang diperjuangkannya.
Nota Hujung :-
1, Harun bin
Zakaria,
2, Harun
bin Zakaria,
3, Harun
bin Zakaria,
4 Muhammad Fazizul Helmi
bin Raidzan,
5 Muhammad Fazizul Helmi
bin Raidzan,
6 Muhammad Fazizul Helmi
bin Raidzan,
8 Harun bin Zakaria
9 Harun bin
Zakaria,
10 Harun
bin Zakaria,
11 http://madrasaharrahmaniah.blogspot.com/,
12 http://madrasaharrahmaniah.blogspot.com/,
13 http://madrasaharrahmaniah.blogspot.com/,
14 http://madrasaharrahmaniah.blogspot.com/,
15 http://madrasaharrahmaniah.blogspot.com/,
16 http://madrasaharrahmaniah.blogspot.com/,
17 http://madrasaharrahmaniah.blogspot.com/,
18 Berita
Harian, Mac 199, Ogos 1989,
19
http://madrasaharrahmaniah.blogspot.com/,
20 http://madrasaharrahmaniah.blogspot.com/,
Bibliografi
Sumber Primer ( temu ramah ) :-
Harun
bin Hj. Zakaria, Bekas anak murid dan Kawan Akrab Tuan Syeikh Niamat bin Yusuff
dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nawa, ( 13/ 03/ 2014 )
Zul
Azri Mohd Sani, Penolong Pendaftaran Pengasas
Maahad Tarbiah Islamiyyah Derang Pokok Sena,( 15/ 03/ 2014 )
Muhammad
Fazizul Helmi bin Raidzan, Pengerusi Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah (
PPPT ) ( 17/ 03/ 2014 )
Sumber Sekunder :-
Buku-buku
Ismail
Hashim , Gagasan Ustaz Niamat Yusuff – Ulamak
Arkitek Kemanusiaan,
Penerbitan Ilmiah.
Wan Shamsudin Mohd
Yusuf,Zakariya Ahmad,Niamat Yusuff,Ismail Saleh, Abdul Halim ‘R’ – Ulama Kedah Darul Aman,
Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman. 1996.
Akhbar
Berita
Harian , Mac 1997 , Ogos 1989
Internet
:http://madrasaharrahmaniah.blogspot.com/
http://mtiderang.blogspot.com/
http://halehwalsekolahagama.blogspot.com/2011/06/maahad-tarbiah-islamiah-derang.html
http://alamin-btho.blogspot.com/2010_11_01_archive.html
LAMPIRAN

Lampiran
1 : Lencana Maahad Tarbiah Islamiyyah

Lampiran
2 : Masjid An niamah.

Lampiran
3 : Bangunan Abu Bakar.

Lampiran
4 : Dewan Albukhary.

Lampiran
5 : Surat penghargaan kepada Tuan Syeih Niamat.